salam..
15 min lagi ulang tahun seorang sahabat saya..
baby G..
sambil nk tunggu..sedikit perkongsian dari sebuah buku..
actually this are the guidelines towards successful muslimah dunnia wa akhirah insyaAllah..
1) Meningkatkan kekuatan jasmani melalui riadhah atau kaedah-kaedah yang menyihatkan tubuh badan
~melahirkan daya pemikiran yang baik dan matang.( العقل السليم في جسم السليم)
المؤمن القوي خير من المؤمن الضعيف
Kekuatan tubuh badan manusia amat mempengaruhi segala tindak tanduk juga kelakuan serta memelihara tahap mentaliti yang adeal dan rasional
2) Memelihara kesucian rohani secara sempurna dengan melaksanakan perintah Allah swt serta menjauhi larangnnya
~Pengawasan hati dan kelakuan dari unsur-unsur yang merosakkan dapat melahirkan implikasi positif dalam setiap lapangan
3)Meletakkan sikap taqwa terhadap Allah swt dalam setiap aktiviti dan perlaksanaan kerja.
~akan mengawal seseorang dari melakukan sebarang tindak tanduk yang tidak berfaedah dan sia-sia
4) Melatih diri dalam soal ingin tahu terhadap pelbagai ilmu pengetahuan
~Sesungguhnya apabila thaqafah telah banyak diperolehi serta diperdalami nescaya akan membersihkan keimanan dan dan menyucikan hati serta mendorong kepada semangat positif5) Menceburi dalam aktiviti kesukaan yang menjadi teras kesihatan dan kecergasan
~contohnya basketball!! :)
6) Mengambil sikap perihatin terhadap perkembangan-perkembangan yang berlaku dalam masyarakat antarabangsa,tempatan dan palestin..
~Ini merupakan sifat cendikiawan Islam yang sukses dalam akedemiknya juga dapat mengendalikan sesuatu dengan bijak dan sempurna.
7) Beriltizam dengan waktu dan perencanaan yang telah disusun bagi memudahkan seseorang mengendalikan segala aktiviti dengan berkesan
~komitmen dengan masa yang terancang boleh membina insan murni dan cemerlang dalam kewajipan dan tanggungjawab“kewajipan-kewajipan lebih banyak dari masa, maka bantulah saudaramu kearah memanafaatkan masanya, sekiranya bagi kamu perkara mustahak maka cepatkan dalam melaksanakannya."
-Hassan al-Banna-
tepat jam 12 tgh malam..
selamat ulang tahun baby G!!!
moga sentiasa dalam keberkatan dan rahmatNya..
moga Allah beri kekuatan dlm menempuh setiap ujianNya..
sayang baby G ;)