Didatangkan khas dari tawakal 8..dipersilakan,cik zienur dgn perkongsian bhn JJCI yg kedua!!!!

tafadhal masykuraa...

Salam diucapkan pada semua peminat2 yg menantikan artikel ini terutama cik memot..


Em..saya nak kongi sikit ni pasal TAWAKAL...sape tahu??
wah ramainya tahu..selalu dgr kan perkataan ni..tapi tahukah anda bagaimana konsep tawakal yg sebenarnya..
Tawakal merupakan ibadah hati dan hanya dilakukan oleh hati  dan tidak terkait dengan anggota badan..juga boleh dikatakan kepasrahan hati di hadapan Allah seperti pasrahnya mayat dihadapan orng yg memandikannya.jadi salah la kalau kita kata 
"aku tawakal je la exam ni,lagipun rezeki kan dah ditentukan”.
salah..salah..salah..sbg seorang yg faham konsep tawakal dia tak akan berkata begitu.anggota badan kena berusaha keras seolah tidak ada tawakal.Hanya hati yg berharap sepenuhnya kepada Allah..



Contoh yg lain mcm seorng gadis yg dilamar(cik zienur) pun kena menanyakan background si pelamar tu,tak cukup  dengan menyerahkan pada Allah,meskipun calon suami nampak begitu alim dan terpelajar.Kalau kita hanya menyerah pasrah tanpa usaha ini adalah konsep pemahaman yang keliru tntg tawakal..ok??ada faham??

Sebagai seorang manusia yang tugasnya seorang menyeru org ramai kepada kebenaran xakan lepas dari ujian-ujian yg kadang-kadang menguji kesabarannya.Disini lah konsep tawakal sering  digunakan kerana pada masa nilah kita serahkan segala-galanya kepada Allah.Konsep tawakal
Kadang-kadang ia mengeluh dengan 
"ya Allah kenapa lah Kau berikan aku ini,aku nak itu”


"ya Allah kenapa lah asyik dia je dapat ,padahal aku dah berusaha dah”




dan macam-macam lagi luahan2 hati..
Saat itu ketahuilah sahabat2ku bahwa Allah tidak pernah meninggalkan kita bahkan Dia akan membuka pintu rezki yang kita redhai dan sukai.
Ingat tak masa kita dalam janin perut ibu kita Allah memberi makanan kepada kita dengan satu jalan iaitu plasenta.Ketika kita lahir kita menangis,sbb apa??sbb kita dah kehilangan jalan yg biasa kita gunakan iaitu plasenta.Kita xtahu Allah dengan kasih sayangnya memberikan dua jalan kepada kita yaitu air susu ibu.air susu yang sangat bersih dan nikmat lagi byk khasiat.Ketika kita dah 2tahun,kita menangis lagi sebab mak kita dah xbagi air susu.Kita xtahu lagi yg Allah nak bagi empat jalan rezki yaitu dua makanan(daging dan sayuran),dan dua minuman(air,susu).bila kita mati kita akan menangis lagi kerana semua jalan telah ditutup.Kita tak tahu yg Allah membukakan lapan jalan iaitu pintu syurga..subhanallah..
Lalu kenapa kita xnak tawakal lagi??kalau nak perhatikan besarnya kerajaan Allah dan alam semesta ni sehingga betapa kerdilnya kita dan hanya kpd Nya kita perlu bertawakal.
Allah berfirman yg bermaksud:

26. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan Yang mempunyai Kuasa pemerintahan! Engkaulah Yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut Kuasa pemerintahan dari sesiapa Yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga Yang memuliakan sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang menghina sesiapa Yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya Segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

                Lepas kita membaca ayat ini dengan hati sanubari kita adakah kita tetap mahu bersandarkan pada manusia?adakah si fakir akan menggantungkan diri pada si fakir yang lain?
            Jadi renungkan2 kanlah sedikit perkongsian ini.Di mana kita letakkan Allah dalam kehidupan seharian kita.adakah masa susah je baru nak cari Allah?adakah masa solat je?dimana konsep tawakal kita masa kita sedang bersuka ria?InsyaAllah peringatan ini ditujukan khas untuk saya sendiri dan sahabat2 yang sama2 ingin megejar redha Ilahi..




Thanx kepada cik memot yg cute yg bg peluang kat saya yg comel ni untuk mencoret serba sedikit di belog ni..semoga bermanfaat..wassalam..