salam..
sejak bermastautin di zilal..
x de 'rasa' utk mengupdate blog yg da lama ditinggalkan..x taw nape,
Jadi, bersempena ramadahan kareem,bulan yg sgt istimewa..
bln dimana tertutupnya pintu neraka dan terbukanya pintu syurga,
bln dimana tertutupnya segala keburukan dan terbukanya segala kebaikan
,bln di mana terbukanya pintu kemaafan..
Bln yg sentiasa dinanti-nantikan kita semua..
just nak share quotation nie ~
''Ingatlah olehmu dua perkara, iaitu kesalahanmu kepada orang lain dan kebaikan orang lain kepadamu. Lupakan dua perkara, iaitu kebaikanmu pada orang lain dan kesalahan orang lain kepadamu."
Dengan mengingatnya, akan menimbulkan perasaan menyesal dalam diri kita, perasaan yang mendorong untuk bertaubat kepada Allah, kemudian berusaha memperbaikinya dengan meminta maaf dan tidak akan mengulanginya.
Mengingat kebaikan orang lain terhadap kita ???
mendorong kita selalu berbuat baik kepada orang lain. Kehidupan tidak akan terbina dengan baik tanpa kebaikan orang lain, yang pada hakikatnya kebaikan itu untuk dirinya sendiri
.
Melupakan kebaikan yang telah diperbuat pada orang lain??
mendorong kita menjadi pribadi yang mukhlis. Setiap kebaikan, hanya diniatkan lillah ta'la, seikhlas-ikhlasnya. Sebagai Muslim, sudah semestinya menjaga agar hati selalu suci dari kemunafikan, perbuatan harus selalu suci dari riya', lidah harus selalu suci dari kebohongan.
Melupakan kesalahan orang lain??
akan mendorong kita menjadi pribadi pemaaf. Kita akan pasti memaafkan, sebesar apa pun kesalahan orang..
Apakah definisi kebaikan di dunia??
byk ulama2 mendefinisikannya dan antaranya~
meliputi tiga perkara iaitu hati yang bersyukur, lidah yang berzikir dan tubuh badan yang sabar (dalam menanggung ujian Allah). Tiga perkara ini terkandung dalam doa yang diamalkan oleh Nabi s.a.w.
Jadi,bersegeralah mengejar kebaikan selagi masih diberi peluang olehNya..
Berusaha memperbaiki diri dr hari ke hari..
Hisablah diri kita sebelum diri kita dihisab nanti..
0 comments:
Post a Comment